Pages

Masjid Dua Kiblat (QIBLATAIN)


masjid qiblatain (3)
MASJID Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi.
Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.
Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari.
Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.
Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah. Perubahan arah kiblat menjadi tamparan hebat kepada kaum Yahudi yang sebelum itu begitu berbangga dengan kiblat mereka di Baitulmaqdis.
Sejarah awal pentadbirannya terletak di bawah Umar al-Khatab, kemudian diserahkan kepada pemerintahan Uthmaniah dengan penyeliaan Sultan Sulaiman yang bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian terhadap masjid bersejarah itu.
Berdekatan Masjid Qiblatain terdapat sebuah telaga dimiliki seorang Yahudi. Dengan nasihat nabi, telaga itu ditebus daripada pemiliknya oleh Uthman Affan dengan harga 20,000 dinar bagi menjadikannya milik umat Islam sepenuhnya.
Masjid itu mampu menampung kapasiti seramai 2,000 jemaah pada satu masa. Antara imam dan khatibnya termasuk Sheikh Salleh bin Awad al-Mughamisi, Sheikh Muhammad Khalil, Sheikh Muhammad Ayub dan Sheikh Ahmad bin Ali bin Abdul Rahman.
Pembesaran masjid berlaku pada 1543 pabila Sultan Sulaiman diarah melakukan pembesaran masjid bagi menampung jemaah semakin bertambah.
Pada 1987 projek pembesaran masjid dilakukan mengikut keperluan semasa tanpa mengubah struktur binaan asal. Namun, masjid lama dirobohkan bagi memberi nafas baru bagi menyerlahkan seni bina Islam.
Masjid Qiblatain berbentuk ortogenal geometri itu dihiasi dua tangga masuk bagi membolehkan jemaah lelaki dan wanita keluar masuk ke masjid melalui pintu berasingan.
Kedudukan dewan solatnya mempunyai aras berbeza dengan bahagian utara supaya menampakkan keunikan tersendiri.
Masjid berkenaan terletak di bahagian barat laut dari Madinah, di Jalan Khalid bin Walid, sempena kehebatan pahlawan Islam tersohor pada zaman Rasulullah.
Kini, Masjid Qiblatain mempunyai pelbagai kemudahan prasarana sesuai sebagai pusat tumpuan jemaah haji dari dalam dan luar negara.
Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, Al-Nasai, Ibnu Majah dan Hakim, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan solat dua rakaat di Masjid Qiblatain, maka Allah memberikan ganjaran pahalanya seperti pahala mengerjakan satu umrah.”
Justeru, tidak hairanlah masjid itu menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh pelosok dunia

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Srikandi Islam: Maryam, Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran


maryam
Istimewanya Maryam.
Antara seluruh wanita yan diciptakan oleh Allah di dunia ini, hanya Maryam saja yang diletakkan namanya sebagai salah satu surah dalam al-Quran. ye kan? U alls tahu, ini maknanya Maryam bukanlah calang-calang wanita. Maryam adalah hamba Allah yang solehah.
 
Keistimewaan Maryam bermula sejak beliau berada dalam perut ibunya lagi. Ketika mengandungkan Maryam, ibunya bernazar kepada Allah bahawa dia mahu anak yang bakal dilahirkan itu menjadi ahli ibadah.  Setelah lahir Maryam dijaga oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Maryam membesar dengan mengabdikan diri sepenuhnya di rumah Allah dan ketika Maryam beribadah beliau menerima hidangan istimewa dari syurga. MasyaAllah…bertuahnya Maryam kan?
 
Dikurniakan Anak.
Suatu ketika, sedang Maryam beribadah, Malaikat Jibril datang kepadanya. Jibril menyampaikan kepada Maryam bahawa Allah swt ingin mengurniakan seorang anak kepada beliau. Maryam terkejut dan hairan.    ”Bagaimana aku boleh melahirkan seorang anak sedangkan aku tidak berkahwin?” Tanya Maryam.
Jibril menjelaskan perkara itu mudah bagi Allah. Sebagaimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s tanpa proses ibu bapa begitu juga Allah ingin menciptakan Nabi Isa a.s iaitu Putera Maryam. 
 
Maryam akur dengan perancangan Allah swt walaupun beliau bakal menerima cercaan dari masyarakat. Apabila anak kecil itu keluar, dia berkata kepada ibunya, Nabi Isa kan boleh bercakap waktu dia masih kecilkan? masa sekolah pun belajar ni..dah lupa yeee…kalau u alls nak tahu apa yang Nabi Isa a.s pesan kat ibunya..tengok surah Maryam ayat 24 hingga 26…
 
Isa Seorang Nabi.
Apabila Maryam pulang bersama anak kecilnya, beliau menerima cacian daripada masyarakat. Mereka mengatakan Maryam wanita yang tidak suci. Namun memikirkan pesanan bayinya, Maryam mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah, bayi Maryam menjelaskan kedudukan ibunya kepada masyarakat Bani Israel seperti yang tercatat dalam surah Maryam… u alls kena cek balik surah Maryam ayat 27 hingga 33…
 
Itulah serba sedikit tentan Maryam, Ibu kepada Nabi Isa a.s dan apa yang berlaku dalam  hidup Maryam adalah bukti kebesaran Allah swt. Dan beliau adalah salah seorang wanita yang telah dijanjikan syurga oleh Allah swt. Ok..setakat itu saja yang mampu KY catatkan..kalau ada penambahan..u alls tambahlah…mungkin ada yang tertinggal ni..ok? wallahualam…
 
Maksud ayat 24 hingga 26
” Tidak, janganlah kamu bersedih, sesungguhnya pemelihara kamu mengadakan dibawah kamu sebuah anak sungai. Goyangkanlah kepada kamu batang kurma, ia akanmenjatuhkan kapada kamu kurma yang segar dan masak. Maka makan dan minumlah dan bergembiralah. Dan jika kamu lihat seseorang manusia, katakanlah, “aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa dan pada hari ini aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.”
 
Maksud ayat 27 hingga 33
“Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberi aku al-kitab dan menjadikan aku seorang Nabi.”
” Dia membuat aku diberkati dimana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat dan berzakat selama aku hidup.”
“Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara. Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati dan hari aku dibangkitkan hidup”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali


kawan2


Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahillazi La Yadhurruhu Syai-un Fil Ardhi Wa La Fis-Samai
Wa Huas-Sami’ul ‘Alim :)
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan ^_^
Harini nak kongsi “petua memilih kawan dari Imam al-Ghazali”.
Indahnya Islam, nak berkawan pun ada panduan :)
 
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
 
 
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
 
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
 
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
 
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
 
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
 
Ahaaa siapa kata tak perlu memilih kawan ? Nabi Muhammad s.a.w pun ada pesan taw,
Daripada hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Kisah wanita disebalik Perang Badar




perang badar
Badar al-Kubra dan wanita – Bahagian I 9 September 2009
Ghazwah Badar al-Kubra adalah satu daripada peristiwa paling penting dalam sejarah Islam. Tentera Islam yang berjumlah 313 orang dianugerahi kemenangan besar, mengalahkan pihak lawan yang berjumlah lebih daripada 1000 orang.
Pertempuran hebat ini berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah berbetulan Ramadan pertama disyariatkan puasa.
Kitab-kitab sejarah tidak mencatatkan keterlibatan wanita secara langsung dalam peperangan ini. Ahli pasukan yang berangkat bersama Rasulullah s.a.w. dari Madinah pada 8 atau 12 Ramadan tahun ke-2 hijrah semuanya lelaki. Mereka tidak membawa kelengkapan yang secukupkan untuk berperang. Yang ada bersama mereka hanyalah dua ekor kuda kepunyaan Zubayr bin al-‘Awwam dan Miqdad bin al-Aswad, 70 ekor unta yang setiap satunya dikongsi tunggang oleh dua atau tiga orang secara bergilir. Rasulullah s.a.w. berkongsi menaiki seekor unta secara bergilir-gilir dengan Ali bin Abi Talib dan Mirthad bin Abi Mirthad.
Meskipun tidak ada wanita yang terlibat secara langsung dalam pertempuran yang bersejarah ini, namun terdapat beberapa nama wanita yang terkait dengan peristiwa besar ini yang dapat diambil pengajaran mengenai kedudukan wanita dalam ajaran Islam. Antara nama-nama yang tercatat mempunyai kaitan dengan Ghazwah Badar al-Kubra ialah:
i. Atikah binti Abdul Muttalib
Tiga hari sebelum kedatangan Dhamdham bin ‘Amru al-Ghifari yang diutus oleh Abu Sufyan untuk memberi amaran kepada puak Quraisy tentang keberangkatan Muhammad s.a.w. untuk menyekat kafilahnya dan mendapatkan bantuan, Atikah binti Abdul Muttalib telah mengalami satu mimpi yang amat mengerikan; seorang penunggang unta memasuki Makkah sambil melaungkan suara meminta supaya mereka bersiap sedia menghadapi peperangan yang akan berlaku dalam masa tiga hari lagi. Penunggang unta itu memasuki Masjid al-Haram, memanjat Kaabah dan kemudian naik ke atas puncak bukit Abi Qubays. Kemudian di puncak bukit Abi Qubays itu dia mengambil seketul batu lalu dicampakkan ke bawah. Apabila mencecah kaki bukit, batu itu berkecai. Serpihan batu itu memasuki setiap rumah dan kediaman di dalam kota Makkah. Tidak ada sebuah rumah pun yang terkecuali.
Atikah menceritakan mimpi ngerinya itu kepada saudaranya al-‘Abbas bin Abdul Muttalib. Al-‘Abbas yakin bahawa ia merupakan satu mimpi yang benar. Dia meminta supaya Atikah merahsiakan mimpi itu dan jangan menceritakannya kepada sesiapa pun.
Di luar, al-‘Abbas bertemu dengan sahabat karibnya al-Walid bin ’Utbah. Dia menceritakan mimpi Atikah kepada al-Walid dan meminta supaya al-Walid merahsiakannya. Al-Walid pula menceritakannya kepada ayahnya, ’Utbah. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pelosok bumi Makkah. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Abu Jahal, dengan sombongnya dia menolak mimpi itu sambil berkata kepada al-’Abbas: ”Wahai Bani Abdul Muttalib! Adakah tidak cukup lagi lelaki kamu mendakwa menjadi nabi sehingga wanita pula yang mendakwa menjadi nabi? Kita akan lihat selepas tiga hari. Sekiranya benar apa yang kamu dakwa maka ia akan berlaku. Sekiranya tidak, kami akan rekodkan suatu catatan bahawa keluarga kamu adalah keluarga yang paling pendusta!”
Pengajarannya: Wanita sering dituduh sebagai golongan yang tidak pandai menyimpan rahsia. Namun tidak semua rahsia dibocorkan oleh wanita. Dan bukan lelaki sahaja yang berhak mendapat maklumat awal mengenai sesuatu perkara yang berkaitan dengan kepentingan umat dan negara.
ii. Zainab binti Muhammad s.a.w.
Antara tawanan perang Badar yang dibawa pulang ke Madinah ialah Abu al-’As bin ar-Rabi’ menantu Rasulullah s.a.w., iaitu suami kepada puteri baginda Zainab binti Muhammad s.a.w. dan anak saudara kepada Khadijah binti Khuwailid r.a.
Abu al-’As yang ditawan oleh Kharrasy bin as-Simah adalah seorang yang terbilang dari segi kedudukan, harta, perniagaan serta terkenal sebagai seorang yang amanah. Dia telah berkahwin dengan Zainab sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul atas cadangan Khadijah r.a. dan dipersetujui oleh baginda s.a.w. Setelah baginda diangkat menjadi Rasul, Khadijah dan semua puterinya termasuk Zainab telah beriman kepada apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. daripada Tuhannya. Namun Abu al-’As kekal dalam agama asalnya.
Abu al-’As mendapat tekanan daripada kaum Quraisy yang memusuhi Rasulullah s.a.w. kerana dakwahnya. Mereka mendesak Abu al-’As supaya menceraikan Zainab dan menawarkan mana-mana perempuan Quraisy sebagai ganti. Namun Abu al-’As enggan berbuat demikian. Baginya tiada siapa yang boleh menggantikan tempat Zainab di hatinya.
Apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Zainab tinggal di Makkah bersama Abu al-’As. Mereka tidak dipisahkan meskipun berlainan agama. Hukum Islam belum diturunkan sepenuhnya ketika itu.
Rasulullah s.a.w. membebaskan tawanan-tawanan Badar dengan mengambil tebusan. Zainab mengirimkan kalung yang dihadiahkan bondanya Khadijah r.a. pada hari perkahwinannya untuk menebus suaminya Abu al-’As. Melihat kalung tersebut, hati baginda s.a.w. sangat tersentuh. Rasulullah s.a.w. meminta izin daripada para sahabat r.a. untuk membebaskan Abu al-’As dan memulangkan kembali kalung itu kepada Zainab. Mereka semua bersetuju. Maka Rasulullah s.a.w. membebaskan Abu al-’As dengan syarat dia mengizinkan Zainab berijrah ke Madinah di sisi ayahandanya.
Badar al-Kubra dan wanita – Bahagian II 28 September 2009
Abu al-’As bersetuju dengan syarat Rasulullah s.a.w. Beliau berangkat pulang ke Makkah. Setelah tiba, dia menyuruh Zainab yang ketika itu sedang hamil bersiap sedia untuk berhijrah. Rasulullah s.a.w. mengutus Zaid bin Harithah dan seorang lelaki daripada kalangan al-Ansar supaya menunggu Zainab di Batn Ya’jaj, kemudian mengiringinya hingga ke Madinah.
Ketika sedang membuat persiapan untuk berhijrah, Zainab dikunjungi oleh Hindun binti ’Utbah. Dia bertanya sama ada benar atau tidak Zainab hendak berhijrah. Zainab menafikannya. Namun Hindun tidak percaya, sebaliknya menawarkan pertolongan kepada Zainab sama ada wang atau barang-barang keperluan. Pertolongan yang ditawarkan memang diperlukan oleh Zainab, namun dia menolaknya kerana tidak yakin akan keikhlasan wanita itu. Setelah selesai bersiap, iparnya Kinanah bin al-Rabi’ datang membawa seekor unta untuk dinaiki oleh Zainab. Dengan bersenjatakan panah, Kinanah mengheret unta yang ditunggangi Zainab membawanya keluar dari Makkah pada waktu siang.
Apabila pihak Quraisy mengetahui keberangkatan Zainab dan iparnya, mereka berasa tercabar dan mengejar untuk menghalangnya. Orang yang pertama bertemu dengan Zainab ialah Hubar bin al-Aswad di Dzi Tuwa kemudian diikuti yang lain. Sedar akan dirinya dikejar musuh, Zainab yang berada di dalam sekedup di atas belakang unta terperanjat dan ketakutan sehingga gugur kandungannya. Kinanah melutut di hadapan unta dan menaburkan anak panahnya seraya berkata: ”Demi Allah! Siapa saja antara kalian yang rapat, aku hadiahkannya sebatang panah ini!”
Semua mereka tidak berani berbuat apa-apa sehingga datang Abu Sufyan bersama beberapa orang pembesar Quraisy. Abu Sufyan berkata: ”Wahai jejaka, simpan dulu panahmu! Mari kita berbincang!”
Kinanah meletakkan panahnya. Abu Sufyan menapak dan berhenti di hadapannya lantas berkata: ”Sesungguhnya tindakan kamu ini tidak tepat. Kamu membawa keluar seorang wanita secara terang-terang disaksikan oleh semua orang. Kamu tahu kekalahan dan kecelakaan yang menimpa kami serta apa yang dilakukan oleh Muhammad ke atas kami. Sekiranya kamu bertindak membawa anak perempuannya keluar secara terang-terangan sebegini, ditontoni semua manusia pasti mereka akan menyangka bahawa perkara ini disebabkan ketewasan yang menimpa kami dan ketidak upayaan kami menghalang kamu. Demi umurku, sesungguhnya kami tidak berhajat untuk menghalang wanita ini mendapatkan ayahnya. Bukan untuk itu kami berjuang. Tetapi aku meminta kamu bawalah wanita ini pulang. Apabila suara-suara telah reda, dan orang ramai tahu bahawa kami telah berjaya membawanya pulang, bawalah dia pergi menemui ayahnya secara bersembunyi.”
Kinanah menerima cadangan Abu Sufyan. Beberapa hari kemudian, apabila keadaan telah reda dia membawa Zainab keluar pada waktu malam dan menyerahkannya kepada Zaid yang sedang menunggu di Batn Ya’jaj untuk dihantar ke rumah ayahandanya, Rasulullah s.a.w. Tinggallah Zainab bersama ayahandanya di Madinah, manakala suaminya Abu al-’As menetap di Makkah.
Saat hampir tiba Fathu Makkah, Abu al-’As keluar berniaga di Syam dengan membawa modal dan barang-barangnya sendiri dan modal serta barang yang diamanahkan kepadanya oleh kaum Quraisy. Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan pasukan tentera Islam. Semua harta dan barang dagangannya tertawan tetapi dia sendiri terlepas. Abu al-’As menyusup masuk ke Madinah waktu tengah malam untuk mendapatkan kembali hartanya. Dia meminta Zainab melindunginya dan Zainab membenarkan dia bermalam di rumahnya.
Menjelang waktu Subuh, Rasulullah s.a.w. keluar untuk bersolat di masjid bersama kaum muslimin. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang solat bersama para jamaah, mungkin atas rasa bersalah melindungi seorang musyrik atau tidak mahu Rasulullah s.a.w. dituduh bersubahat, Zainab melaungkan suara dari saf wanita: ”Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku memberi perlindungan kepada Abu al-’As!”
Selesai solat, Rasulullah s.a.w. bertanya para jamaah, adakah mereka mendengar apa yang didengarnya? Mereka juga mendengar apa yang baginda dengar. Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): ”Demi Tuhan yang jiwaku di tangan-Nya, sesungguhnya aku tidak mengetahui apa-apa sehinggalah aku mendengar suara yang kamu dengar sebentar tadi…” Kemudian baginda bergegas menemui Zainab. Baginda berkata kepadanya: ”Wahai puteriku, muliakanlah tempat tinggalnya tapi jangan biarkan dia mendekatimu. Sesungguhnya dia sekarang tidak halal bagimu.”
Rasulullah s.a.w. memanggil pasukan tentera yang menawan harta Abu al-’As. Baginda berkata kepada mereka (maksudnya): ”Sesungguhnya lelaki ini adalah keluarga kami seperti yang kamu tahu. Kamu telah menawan hartanya. Sekiranya kamu bermurah hati memulangkan hartanya, itulah yang kami sukai. Sekiranya kamu enggan, maka itu adalah pemberian Allah kepada kamu dan kamu lebih berhak ke atasnya.”
Semua mereka bersetuju memulangkan semua harta dan barang Abu al-’As. Abu al-’As membawa pulang ke Makkah semua harta itu dan memulangkan kepada mereka yang telah mengamanahkannya. Dia bertanya kepada kaum Quraisy adakah masih ada lagi harta mereka yang belum dipulangkan? Mereka menjawab, ”Tidak ada” sambil mengucapkan terima kasih atas kejujuran dan kesetiaannya. Lalu beliau mengisytiharkan: Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Demi Allah tiada yang menghalang aku untuk memeluk Islam ketika berada di sisinya di Madinah melainkan aku takut kamu menuduh aku hendak makan harta kamu. Apabila Allah telah mengembalikannya kepada kamu dan aku telah menyelesaikan tanggungjawabku, aku memilih untuk memeluk Islam.
Abu al-’As terus berangkat meninggalkan Makkah menuju ke Madinah. Maka Rasulullah s.a.w. menyatukannya semula dengan isteri kesayangannya, Zainab binti Rasulullah s.a.w.
Pengajaran: Sehebat manapun cinta antara manusia, cinta Allah dan Rasul itulah yang lebih utama.
Badar Al-Kubra dan wanita – Bahagian III (Akhir) 29 September 2009
iii. Ruqayyah binti Muhammad s.a.w.
Ruqayyah adalah puteri kedua selepas Zainab. Ummu Kulthum pula lahir selepas Ruqayyah. Ketika Ruqayyah dan Ummu Kulthum mendekati usia perkawinan, Abu Talib meminang mereka berdua untuk kedua-dua putera Abu Lahab. Ruqayyah berkahwin dengan ‘Utbah, dan Ummu Kulthum berkahwin dengan ‘Utaibah.
Tidak lama setelah perkahwinan itu, Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi rasul. Abu Lahab yang sangat memusuhi Islam memerintahkan kedua-dua anak lelakinya agar menceraikan isteri-isteri mereka. Maka atas perintah bapa, ’Utbah dan ’Utaibah menceraikan isteri mereka, Ruqayyah dan Ummu Kulthum tanpa alasan. Setelah diceraikan oleh ’Utbah, Rasulullah s.a.w. mengahwinkan Ruqayyah dengan Uthman bin Affan r.a.
Ruqayyah mengikuti rombongan yang berhijrah ke Habasyah (Ethiopia) yang dipimpin oleh suaminya, Uthman bin Affan membawa 11 orang lelaki dan empat orang wanita. Kemudian dia berhijrah ke Madinah selepas Rasulullah s.a.w. berhijrah.
Ketika Rasulullah s.a.w. bersiap-siap untuk berangkat menyekat kafilah Abu Sufyan, Ruqayyah jatuh sakit. Rasulullah s.a.w. menyuruh suaminya, Uthman bin Affan dan Usamah bin Zaid agar tetap tinggal di Madinah untuk merawatnya. Namun maut telah menjemput Ruqayyah ketika Rasulullah s.a.w. masih berada di medan Badar.
Usamah bin Zaid melaporkan: ”Kami menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin dalam peperangan Badar ketika sedang mengebumikan Ruqayyah r.a. Rasulullah s.a.w. mewakilkan aku menjaga Ruqayyah bersama dengan Uthman bin Affan r.a.”
Ketika membahagikan hasil rampasan perang Badar (ghanimah), Rasulullah s.a.w. telah memperuntukkan satu bahagian untuk Uthman. Semasa diberikan bahagiannya itu, Uthman r.a. bertanya: ”Bagaimana dengan pahala saya ya Rasulullah?” Baginda menjawab maksudnya: ”Dan engkau juga mendapat pahala yang sama dengan orang yang pergi berperang.”
Pengajaran: Atas alasan apa sekalipun, suami tidak harus mengabaikan kebajikan isteri.
iv. Ummu al-Fadhl (Lubabah binti Al-Harits)
Abu Rafi’, maula Rasulullah s.a.w. menceritakan: ”Saya adalah seorang hamba kepada al-’Abbas r.a. Cahaya Islam telah menerangi rumahnya ketika mana al-’Abbas memeluk Islam, diikuti Ummu al-Fadhl dan saya. Walau bagaimanapun, al-’Abbas r.a. menyembunyikan keislamannya.
Abu Lahab telah tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Apabila mendengar kekalahan kaum musyrikin, kami rasa diri kami mendapat kekuatan dan kemuliaan. Saya seorang lelaki yang lemah. Pekerjaan saya membuat gayung di dalam bilik telaga zamzam.
Ketika saya sedang duduk mengukir gayung, Ummu al-Fadhl duduk bersebelahan dengan saya. Hati kami melonjak gembira menerima berita kemenangan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba muncul Abu Lahab mengheret kakinya dan bertenggek di birai bilik telaga zamzam. Sedang kami duduk, terdengar riuh rendah suara menyebut nama Abu Sufyan bin al-Harith yang baru tiba dari medan perang. Abu Lahab memanggil Abu Sufyan agar menghampirinya seraya berkata: ’Mari ke mari! Demi umurku, pastinya kamu membawa berita yang menggembirakan!’
Abu Sufyan duduk di hadapan Abu Lahab dikerumuni orang ramai yang ingin mendengar perkhabaran yang dibawanya. Dengan termengah-mengah dia menceritakan: ’Sesungguhnya pertempuran itu benar-benar seperti kita menyerahkan bahu-bahu kita kepada mereka. Mereka membunuh kita sesuka hati mereka dan menawan kita semahu-mahunya. Tetapi demi Allah aku tidak menyalahkan puak kita. Sesungguhnya kita bertembung dengan para pahlawan yang berpakaian serba putih menunggang kuda yang berbelang bertebaran antara langit dengan bumi…’
Mendengar apa yang diceritakan oleh Abu Sufyan, saya tidak dapat mengawal diri lalu bingkas bangun mengangkat tali bilik telaga zamzam dan menjerit: ’Demi Allah, itu adalah malaikat!’
Maka dengan spontan Abu Lahab menumbuk mukaku sekuat tenaganya. Aku cuba melawan, namun dia lebih pantas menolakku hingga tersungkur ke bumi dan terus memukulku bertalu-talu.
Ummu al-Fadhl mencapai sebatang tiang lantas memukul Abu Lahab menyebabkan kepalanya luka parah. Dia berkata kepada Abu Lahab: ’Kamu berani menyerang lelaki yang lemah ketika tuannya tiada bersama!’
Abu Lahab mengundur pergi. Tujuh hari selepas itu lukanya semakin bernanah dan membusuk sehingga tiada siapa sanggup menghampirinya sampai dia mati.”
Pengajaran: Wanita yang selalu dikatakan lemah, tidak bermakna iman dan semangatnya juga lemah.
v. Ar-Rabi’ binti An-Nadhar r.a.
Beliau merupakan ibu saudara kepada Anas r.a. Puteranya, Harithah bin Suraqah adalah orang yang pertama syahid daripada kalangan tentera muslimin dalam peperangan Badar al-Kubra. Ar-Rabi’ datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: ”Ya Rasulullah, anda tentu mengetahui bagaimana kedudukan Harithah dalam diri saya. Sekiranya tempatnya di syurga, maka saya akan bersabar dan memohon ganjaran pahala daripada Allah. Sekiranya tempatnya lain daripada syurga, maka anda akan saksikan apa tindakan saya!”. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: ”Adakah syurga itu hanya satu sahaja? Sesungguhnya syurga itu bukan satu, dan sesungguhnya anakmu berada di dalam syurga Firdaus!”
Pengajaran: Ibu sentiasa inginkan kebaikan untuk anaknya. Dan tidak ada pemberian yang lebih berharga daripada syurga, sehingga si ibu sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak supaya pergi berjihad fisabilillah.
Karya Ustazah Maznah Daud dari laman web www.malaysiaharmoni.com
Kisah wanita disebalik Perang Badar ini bukanlah wanita sebarangan tapi kadang-kadang kita tidak pernah kenal namanya seperti Atikah, ibu saudara Rasulullah saw dari sebelah bapa. Saya sekadar menambah ilmu dunia yang cetek dengan mengenali wanita mulia dalam sejarah agama saya sendiri.




بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Sunnah Yang Perlu DiAmalkan


sunnah1
  • Solat Tahajjud
solat yang diamalkan apabila terjaga daripada tidur malam,, sebaik – baiknya 1/3 malam iaitu dalam lingkungan pukul 3-4 pagi… jumlah rakaat sekurang-kurang nya 2 dan fadhilat nye mendapat pengawasan Allah dan menampakkan nur di wajahnya,, dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin ,, percakapn menjadi berhikmah dan bijaksana…
 
  • Istighfar Setiap Masa
memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjajni kepada Allah tidak akan mengulani
 
أستغفرالله , أستغفرالله
 
 
  • Jaga Wuduk
memastikan diri berada dalam keadaan berwuduk dalam apa juak perkara,, orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah.
 
  • Bersedekah
mengorbankan sedikit harta untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah,, ,, orang yang bersedekah akan disenangi oleh Allah maka Allah akan melipat gandakan rezeki nya…
  • Solat Dhuha
dilakukan antara dari naik matahari dan berakhir di waktu matahari tergelincir.. solat dhuha amat digalakkan oleh Rasullullah S.A.W kerana ia memberi banyak kelebihan ,, antaranya ialah dimurahkan rezeki ….
 
  • Solat Berjemaah
pahala orang yang solat berjemaah sangat besar berbanding dengan solat bersendirian,,, bagi orang yang sola berjemaah di masjid mahupun surau,, setiap langkah nya menuju ke rumah Allah akan dikira sebagai pahala…
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ‘sembahyang tahajjud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu….(Al-Isra : 79 )”

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Bergerak yang Membatalkan Solat


gerak solat
Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.
 
Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul :
 
“ulangi solatmu dan solatlah sesungguhnya engkau belum menyempurnakan solatmu. kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.” (Riwayat al-Bukhari)
Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.
Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-
KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat.
BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau
وهو الأصح وقول الأكثرين
Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]
Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. 
 
Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.
Sekian,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
(www.zaharuddin.net)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu


tidur baik
Wudhu disyari‘atkan untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaan suci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang mushaf al-Qur’an.
Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah tidur.
Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh membawa kepada batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
    Maksudnya: “Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), makasesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.”(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits tersebut bermaksud bahawa sedar atau jaga (tidak tidur) itu akan mengawal keluarnya sesuatu dari dubur, manakala orang yang tidur kadang-kadang keluar sesuatu daripada duburnya tanpa disedarinya.
Walau bagaimanapun, adakah semata-mata tidur membatalkan wudhu? Apakah sukat-sukat tertentu yang menjadi ukuran dalam penentuan tidur yang boleh membatalkan wudhu itu?
Untuk menjawab persoalan tersebut, berikut dijelaskan perkaraperkara yang berkaitan dengan tidur yang membatalkan wudhu dan yang tidak membatalkan wudhu mengikut pendapat para ulama mazhab Syafi‘e.
Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu
Para ulama mazhab Syafi‘e menjelaskan dengan terperinci mengenai tidur yang tidak membatalkan wudhu itu.
Mereka berpendapat bahawa tidur itu bagaimanapun keadaannya boleh membatalkan wudhu kecuali tidur di dalam posisi duduk,sama ada duduk di atas lantai atau tanah seperti duduk di atas tikar sembahyang atau duduk di atas kerusi seperti duduk di dalam kapal terbang dan termasuklah duduk sambil memeluk lutut. Tidur dengan cara demikian tidaklah menyebabkan wudhu batal, tetapi hendaklah memenuhi syarat atau ketetapan berikut:
1) Hendaklah tetap tempatnya (punggung dan tempat keluar hadats) di atas tanah, lantai, kerusi, binatang tunggangan atau selainnya, iaitu dua pipi punggungnya tetap pada tempatnya, tidak berubah dari posisi awal sebelum dia tidur, sekalipun jika seseorang itu bersandar atau duduk berpeluk lutut pada atau di atas sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh atau gugur apabila sesuatu itu tiada. Ini kerana tidur dalam keadaan ini tidak dikhuatiri akan keluar sesuatu (angin) dari duburnya (kentut). Adapun kebarangkalian keluarnya sesuatu dari qubul bukanlah perkara yang perlu diambil kira kerana ianya jarang berlaku.
Namun jika diyakini keluar angin daripada qubul sama ada lelaki atau perempuan, maka wudhu itu tetap batal.
2) Hendaklah tiada ruang di antara punggung dan tempat tetapnya itu ataupun tidak renggang di antara keduanya. Wudhu seseorang tidak akan batal jika terdapat ruang yang ditutup dengan sesuatu seperti kapas.
Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
    Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tidur kemudian mereka berdiri menunaikan sembahyang dengan tidak (lagi) mengambil wudhu.” (Hadits riwayat Muslim)
Perbuatan tidur yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah tidur dalam keadaan duduk yang tetap dan menurut riwayat lain, para sahabat itu tidur dalam keadaan duduk yang tetap sehingga kepala mereka terangguk-angguk hampir mencecah lantai. Mereka tidak lagi mengambil wudhu dan terus menunaikan sembahyang Isya’.Wudhu seseorang yang tidur dengan duduk yang tetap juga tidak batal jika pipi punggung atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal atau terangkat selepas atau ketika dia bangun atau sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Beza Antara Istikharah, Mimpi dan Gerak Hati


jadi-kekasih-yang-baik
Kes 1
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi
Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut . Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah
Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya
Masalah Istikharah
1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah

عن جابر بن عبد الله قال
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):

ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

عن عائشة عن أبي بكر الصديق
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي

Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku

عن جابر قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه

Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan)
2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah
Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:
Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah ” هم” yang bermaksud hasrat, dan bukannya ” تردد” ( teragak-agak). Perkataan ” همّ” adalah tahap sebelum ” عزم”(keinginan kuat)
Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ)untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut
Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.
Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang ‘grand’, sedangkan dalam Islam, istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :
(( كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها((
Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara ( riwayat Tirmizi)
Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :
(( فليركع ركعتين من غير الفريضة.((
Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu
Penggunaan perkataan “من غير الفريضة”( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah
Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan
Sila perhatikan kepada firmanAllah SWT:

(( وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)) (البقرة:216)

Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut
Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya
Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah “nur” yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya,jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris


PERNIAGAAN
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Sajak Maharaja Cina Dinasti Ming Untuk Nabi Muhammad


Sajak Maharaja mengenai Baginda Nabi Muhammad Rasulullah. Hong-Wu (juga dikenali sebagai nama timangannya Zhū Yuánzhāng), adalah Maharaja China di antara tahun 1368 – 1398 CE. Beliau adalah Maharaja Pertama kepada Dinasti Ming, mengetuai batalion tentera yang meluaskan empayar untuk negaranya, dan berjaya menghalau puak utara dari Empayar Monggol (Dinasti Yuan).
sajak
Walaupun seorang yang non-Muslim,
Hong-Wu telah mengarahkan untuk membina beberapa MASJID BESAR di:
- negeri Nanjing,
- negeri Yunnan,
- negeri Guang Dong
- dan negeri Fujian.
Baginda membina semula Masjid Jinjue dalam negeri Nanjing,
dan sebahagian besar RUMPUN CINA bernama Hui (Cina Muslim)…
telah berpindah ke negeri ini ketika pemerintahan baginda.
TENTERA PADA ZAMAN BAGINDA:
Dalam pasukan tenteranya yang melebar…
baginda mempunyai 10 orang jeneral besar beragama Islam,
mereka yang dimaksudkan ialah termasuk:
- Jeneral Islam bernama Chang Yuchun
- Jeneral Islam bernama Lan Yu
- Jeneral Islam bernama Ding Dexing
- Jeneral Islam bernama Mu Ying
- Jeneral Islam bernama Feng Sheng
- Jeneral Islam bernama Hu Dahai.
Maklumat terahsia menunjukkan,
Isteri kepada Maharaja Hong-Wu iaitu Permaisuri Ma,
adalah keturunan keluarga Islam,
di mana dia sendiri berasal dari ahli kumpulan Muslim yang diketuai oleh Laksamana Guo Zhixin.
MEMUJI AGAMA ISLAM:
Maharaja Hong-Wu telah menulis kira-kira 100 huruf cina,
yang dipersembahkan untuk memuji Islam, memuji baginda Nabi Muhammad & Allah,
dan sajak cina ini telah diletakkan di sebuah Masjid yang pernah beliau arahkan untuk membinanya.
Susunan sajak ini sangatlah indah…
Setiap sajak mengandungi 4 huruf & 4 abjad…
di mana setiap 1 nya mempunyai makna sangat mendalam…
Sedikit terjemahan mudah untuk pemahaman pembaca.
SAJAK 100 PUJIAN (Terhadap Islam, Muhammad, Allah):
    – sejak terciptanya galaksi ini
    – tuhan telah mengangkat seseorang
    – satu manusia akhlak beriman
    – dari barat telah dilahirkan
    – baginda menerima wahyu agung
    – buku yang mengandungi 30
    – untuk membimbing semua makhluk
    – tuan kepada semua raja
    – pemimpin 1 yang tersuci
    – dengan bimbingan dari atas
    – untuk melindungi negaranya
    – bersama dengan solat 5 waktu
    – dalam diam mengaharap rahmat
    – hatinya lurus kerana Allah
    – mengangkat darjat si miskin
    – menyelamatkan mereka dari sengsara
    – melihat melalui warna kegelapan
    – melalui hadir jiwa & ruh
    – terasing dari salah & silap
    – rahmat kepada sekalian alam
    – menyelusuri rahsia yang silam
    – memadam segala kejahatan
    – agamanya bersih dan benar
    – Muhammad, yang dihormati lagi terhebat.
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=699962

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Saintis Temui Bahagian Jahat Dalam Otak


533158_544732252214475_1698739755_n
Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalui pemeriksaan X-ray.
“Tompok hitam itu ditemui pada hampir setiap pelaku jenayah,” katanya sebagaimana yang dilaporan Sinar Harian Online.
Beliau menemuinya ketika membuat kajian tentang pelaku jenayah di Jerman yang dipenjarakan untuk tempoh lama. Penyelidikan tersebut menunjukkan perilaku jahat juga boleh diwarisi daripada genetik.
“Jika terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit di bahagian hadapan otaknya, sebanyak 66 peratus generasi berikutnya berpotensi mengalami simptom sama,” jelasnya lagi.
Di dalam al-Quran disebut “Nasiyyahtin kazibatin khati’ah” maksudnya “Ubun-ubun yg membuat dusta dan bersalah”.. Jika benar penemuan ini, ianya adalah ‘i’jaz al-quran’ yang membuktikan kebenaran isi kandungan al-Quran.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh


sukar solat
1.  Tidur lebih awal.
 
2.  Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
 
3.  Tekad untuk bangun solat subuh
 
4.  Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun
 
5.  Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat
 
6.  Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat
 
7.  Mengguna saranan-saranan peringatan
 
8.  Memercikkan air di wajah orang yang tidur
 
9.  Tidak tidur sendirian
 
10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain
 
11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap
 
12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari waktu solat
 
13. Menyalakan lampu di saat bangun
 
14. Tidak berjaga malam terlalu lama
 
15. Tidak memperbanyakkan makan sebelum tidur
 
16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar
 
17. Mengerjakan qiamullail di waktu terakhir sebelum subuh
 
18. Mengikut petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur
 
19. Tidur di siang hari (Qailulah)
 
20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib
 
21. Ikhlas kerana ALLAH SWT.
 
 
 
Sabda Nabi:
باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح
 
Maksudnya:
Berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.
(Riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
 
 
HADIS TELAH SEDIA MENYEBUT:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Ferdinand Magellan Manusia Pertama Mengelilingi Dunia Adalah Palsu?


Mengikut sejarah Barat, Magellan, Christopher Columbus, Vasco da Gama, Alexander de al Buquerqu adalah beberapa nama yang diangkat menjadi tokoh pelayaran dunia Barat serta mubaligh ajaran Kristian yang tersohor. Mereka juga yang mengangkat Ferdinand Magellan menjadi manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Benarkah fakta ini?
Jika anda menonton dokumentari ataupun kisah pelayaran orang-orang Barat, pasti anda akan disogok dengan beberapa peristiwa yang mengundang rasa kagum dan simpati kita pada mereka. Antaranya ialah kesusahan serta keperitan mereka ketika belayar, tekanan dan dilema yang dihadapi oleh anak-anak kapal yang letih belayar, sikap tidak putus asa mencari jalan untuk pulang ketika tersesat di lautan yang luas, kapten kapal yang obses dengan sejarah pelayaran terdahulu dan bermacam-macam lagi. Hal inilah yang turut saya rasakan ketika menonton kisah pelayaran Magellan pada tahun 1520 yang disiarkan di TV1 lewat malam semalam.
Jangan kita larut dengan propaganda Barat ini kerana umat Islam lebih awal melakukan aktiviti pelayaran berbanding Barat! Buktinya, rekod pelayaran Ibnu Batutah yang dicatatkan dari tahun 1325 hingga 1354 masih lagi wujud dan digunapakai hingga ke hari ini. Pengembaraan Abu Abdullah Muhammad b. Abdullah Al-Lawati Al-Tanji ini bukan sahaja melibatkan pelayaran di laut tetapi turut melibatkan perjalannya di darat yang merangkumi kira-kira 75 000 batu perjalanan.
51qd4REDGKL._SL500_PIsitb-sticker-arrow-big,TopRight,35,-73_OU01_SS500_
Ibnu Batutah juga merupakan tokoh Islam yang berjaya membuktikan bumi ini bulat dan bukannya berbentuk empat segi seperti yang didakwa oleh seorang lagi tokoh pelayaran Barat, Ptolemy. Peta pelayaran lengkap Ibnu Batutah gagal diperoleh oleh orang Barat. Oleh itu, tidak hairanlah Magellan tersesat beberapa kali di lautan serta terpaksa mengikut nalurinya sendiri ketika belayar kerana menggunakan peta dunia yang dilukis oleh Ptolemy. Peta tersebut juga diakui tidak mengikut skala saiz bumi yang asal(diameter bumi kurang 28%). Akhirnya, mereka mencipta pelayaran sendiri dan di akhir pelayaran Magellan, baru dibuktikan bumi itu bulat!
Kitab pelayaran Ibnu Batutah iaitu Tuhfah Al-Nuzzar fi Ghara’ib Al-Amsar wa Ajaib Al Asfar(Persembahan Seorang Pengamat Tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan Yang Mengkagumkan) telah ditulis oleh Ibnu Jauzi, seorang juru tulis Sultan Morocco dan karya agung tersebut telah diterjemah ke beberapa bahasa lain. Karya ini juga menjadi rujukan utama untuk armada laut kerajaan Abbasiyah dan Uthmaniyyah ketika melakukan pelayaran dan penjelajahan menakluk negara-negara di bahagian dunia yang lain. Secara tidak langsung, proses dakwah agama Islam telah awal lagi dilaksanakan oleh kerajaan Khilafah Islam berbanding orang Kristian Barat. Hasilnya, wujudlah beberapa kerajaan Islam seperti Kerajaan Islam Delhi di India.
Bidang kejuruteraan maritim Islam berkembang mudah kerana galakan pemerintah Islam. Kerajaan Abbasiyah ketika zaman pemerintahan Khalifah Mutawakil (220H/884M) amat menggalakkan ekspedisi-ekspedisi pelayaran dilakukan. Dinasti Fatimiyyah(350H/915M) pula telah memonopoli angkatan laut di Afrika Utara dengan pembinaan dermaga-dermaga kapal bersama penciptaan kapal dan alat pelayaran yang lebih maju. Pembinaan kapal oleh Barat turut dipengaruhi oleh seni bina asal yang dipelopori Islam. Selain itu, faktor geografi negara Arab yang strategik (antara Timur dan Barat) memudahkan siri pelayaran dan penjelajahan dilakukan berulang kali.
Agenda asal pelayaran oleh orang Barat sebenarnya bertujuan untuk meneruskan siri Perang Salib. Mereka melakukan pelayaran untuk sampai ke kawasan-kawasan yang dikatakan telah berlaku perkembangan agama Islam dan cuba mengkristiankan masyarakat Islam di sana. Jelas bahawa tujuan mereka adalah kerana agama(lihat layar kapal Victoria yang digunakan Magellan-bertanda salib) di samping cuba meluaskan pengaruh kuasa negara asal mereka ke negara-negara luar. Orang Barat sebenarnya hanya mampu mengambil alih fahaman pagan dan animisme, bukannya agama Islam kerana aqidah masyarakat Islam lebih kuat dan Islam lebih awal sampai dari yang mereka jangkakan. Masyarakat Islam di Filipina misalnya, melarikan diri ke negara lain yang terdekat iaitu Ambon dan Mindanao apabila kawasan mereka dimasuki oleh pendakyah Kristian dari Sepanyol ini.
perang-salib-1
Walaupun agama menjadi matlamat utama pelayaran mereka, sistem yang diamalkan oleh Sepanyol tetap zalim berbanding penjajah Barat yang lain. Mereka mengamalkan sistem buruh paksa ke atas rakyat tempatan sedangkan penjajah British mengajar rakyat jajahannya menjadi pegawai. Beza sekali sistem yang diamalkan oleh kedua negara penjajah ini.
Ingin saya tekankan di sini bahawa kebangkitan penjajah Barat dalam bidang pelayaran adalah lewat jika dibandingkan dengan Islam kerana proses pengkolonisasian mereka hanya bermula selepas kejatuhan empayar Andalus yang diikuti dengan siri peperangan Perang Salib. Tidak mustahil jika dikatakan sekiranya empayar Andalus berjaya dipertahankan hingga kini, era kegemilangan Islam akan berterusan dan negara Barat tidak akan berjaya menguasai dunia mahupun mewujudkan sejarah pelayaran yang kononnya dimulakan oleh mereka.
Negara Barat sebenarnya hanya mengambil peluang apabila Kerajaan Abbasiyah bangkit! Ketika Abbasiyah mula cenderung ke arah timur dan mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, Barat mula mengumpul kekuatan untuk bangkit di penghujung pemerintahan kerajaan Islam ini. Sekurang-kurangnya Abbasiyyah tidak bergabung tenaga dengan kekuasaan saki-baki Umayyah di Andalus untuk meluaskan kuasa ke dunia barat. Pada masa yang sama, negara Barat turut membawa bersama ilmu-ilmu hebat milik Islam dan mengatakan ia milik mereka!
Islam terlebih dahulu melakukan eksplorasi dunia yang membawa kepada penemuan bidang ilmu lain seperti ilmu buruj, ilmu kejuruteraan maritim serta ilmu perdagangan. Satu kenyataan yang perlu diingat-tamadun Islam adalah tamadun yang paling awal(660-1924) dan paling lama, kira-kira 1300 tahun, berbanding tamadun Barat yang baru berusia 600 tahun(1400-2008)!

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً Terjemahan: "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."